Saturday, December 31, 2011

TUNJUKKAN KE JALAN YANG LURUS



TUNJUKKAN KE JALAN YANG LURUS

Penulisan dalam Blog kali ini memang agak sukar sedikit difahami sepintas lalu, ia agak berat sedikit yang sememangnya penulis menaikan tarafnya untuk kita memikirkan lebih mendalam dan memerlukan pemikiran sejenak untuk difahami

Apakah yang dikatakan mata hati itu. ?

Jawapan.

Mata Hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampakkan perkara-petrkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t. Contohnya seperti berikut:

a. Dosa

b. Pahala

c. Syurga

d. Padang Mahsyar dan lan-lain.

Bagaimana pula yang diatakan Hati itu.?

Jawapan.

Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia. Pada zahirnya tiada kaitan langsung untuk mempengaryhi kehidpan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perunpamaan mengusai kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 78:’

وَاللهُ ا َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ ا ُمَّهَتِكُمْ لَاتَعْلـَمُوْنَ شَيْـءًـا.

وَّجَعَلَ لـَكُمُ السًّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـءِـدَة َ. لـَعَلـَّكُمْ

تـَشْكـُرُوْنَ. (178)

”Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui sesuatu apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepada-Nya.”

(An-Nahl, ayat 78).

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْعـَة ً إ ِذَا صَلـَحَـت ْصَلـَحَ الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
(رواه امام بخارى والمسلم)

Bermaksud;

Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati.

Masalah 154.

Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan Roh itu.?

Jawapan.

Hati dan roah adalah berlainan sifatnya. Hati tidak sama dengan yang dikatakan Roh itu. Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala Roh tidak mati dan ia menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alam akhirat. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 85:

وَيَسْـءَـلـُوْ نَكَ عَنِ الرُّوْحِ . قـُلِ الرُّوْحِ مِنْ ا َمْرِ رّبِّىْ وَمَآ

ا ُوْتِـيْـتـُمْ مَّنَ الـْعِلْمِ اِلاَّ قَلِيْلاً.

”Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit”

Kesimpulannya: ” Allah telah memberikan ”sedikit” pengetahuan kepada manusia, maka yang sedikit itulah prerlu dikaji sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi Roh itu.

Masalah 155.

Apakah yang dikatakan fungsi-fungsi roh itu.?

Jawapan.

Pada kebiasaannya fungsi-fungsi roh itu disebut sebagai berikut:

a. Akal

b. Perasaan

c. Fikiran

d. Hati

e. Nafsu.

Roh itu berkeadaan ghaib dan diyakini kewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati. Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.

Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah). Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat 55 yang maksudnya:-

”...dari bumi (tanah) itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”

Roh apada asalnya bersih, terdedah pencermaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fgungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.

Maka peranan fungsi-fungsi roh itu adalah seperti berikut:-

a. Akal sebagai Penimbang.

b. Perasaan sebagai Perasa

c. Fikiran sebagai Penilai

d. Hati sebagai Peminta dan peminta.

e. Nafsu sebagai Perangsang.

Oleh itu peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang bak adalah:

a. Akal - Memperseimbangkan fitrah manusia.

b. Perasaan - Mengutamakan kasih sayang dan tiada kelainan kepada

yang lain.

c. Fikiran - Bertenaga untuk meneroka mencari kesempurnaan

hidup dunia dan akhirat.

d. Hati - Berupaya melihat yang tersirat.

e. Nafsu - Merangsang menuju ke jalan yang lurus.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Talaq ayat 11:-

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ

تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.

قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka

(At-Thalaaq ayat 11)

Adapun yang akan terjadi kerpada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang buruk itu pula ialah:-

a. Akal - Menjadi gila atau gila di dalam waras.

Tidak tetap pendirinnya.

b. Perasaan - Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.

c. Fikiran - Sentiasa merancang kejahatan.

d. Hati - Menyukai keburukan.

e. Nafsu - Menuntut kepuasan tanpa batas.

Kesimpulannya:-

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Asl-Syamsi ayat 9 dan 10 :-

قـَد ْ أ َفـْلـَحَ مـَن ْزَكـَّهـَا (9(

وَ قـَدْ خـَـاب َ مـَنْ دَ سـَّـهَـأ )10(

Bermaksud;

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang menjadikan dirinya yang bersih bertambah bersih dengan amal kebajikan dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat

(Al-Syamsyi ayat 9-10)

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-

”Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan persangkaan yang buruk pula adalah kesalahan yang berbau busuk”

(H.R. Ath-Thabaraniy dalam Ash-Shagila dari Aisyah)

Untuk Renungan dan Pemikiran yang Merangsang ke Jalan yang Lurus.

KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.

Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan sahaja Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20 yang bermaksud:-

“Katakanlah: bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya pergurauan, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan anak-anak. Umpama demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering , lalu engkau lihat dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat hancur. Dan di akhirat siksa yang keras, untuk orang-orang kafir, dan ampunan dan keredaan dari pada Allah untuk orang-orang mukmin. Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.” (Surah Al-Hadid ayat 20).

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِم ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ الـَّذِيْن يُقـِيْمُوْنَالصَّلَاةوَمِمَّارَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْن أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. ”

(Al-Anfal ayat 2-4)

Sekian dahulu penulis sampaikan dalam penulisan dalam Blog ini semoga akan dapat memberi , manafaat kepda pembaca Blog sekalian. Untuk itu penulis mengucapkan ribnuan tetimaksih kepada anda yang sudi mengikuti Siaran dalanm Blog ini, sehingga kita berjumpa lagi sedikit masa lagi…..

Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh.....Amin !!





--------------------------ooooooooooooo------------------------------

Azam Tahun Baru -Merubah keadaan diri kita sendiri


Azam TahunBaru -Merubah keadaan diri kita sendiri

Firman Allah s.w.t. :-

”Sesungguhnya Alah tidak merubah keadan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Al-Quran surah Ae-Ra’d, ayat 11)

Bangunkan disiplin hidup yang bersungguh.

Kita boleh mengeluarkan diri kita dari dibelenggu hidup bergantung dengan meningkatkan disiplin dan usaha. Jika disiplin menguruskan perbelanjaan dengan teliti, meningkatkan keupayaan untuk menabung wang serta mengambil kira setiap hasil kerja dengan tekun dan cermat dapat dijadikan tabiat pada diri kita maka kita boleh melepaskan diri dari bergantung.

Disiplin menguruskan semua sumber hidup hendaklah ditingkatkan. Jangan ada pembaziran dan jangan ada pemborosan. Dan juga jangan ada perasaan riak dan megah hendak tunjuk lagak bagi melakukan perbelanjaan. Setiap sen dan setiap saat mesti diambil kira dengan penuh disiplin. Jangan ada sifat pemboros dan pemalas dengan membuang masa di warong-warong teh tarik atau berselimut mencengkung di tepi-tepi jalan raya pada waktu pagi atau petang.

Revolusi mental perlu dilakukan.

Kita tidak boleh membiarkan sikap malas, suka bertangguh, tidak tunai janji, melaksanakan kerja sambil lewa, berterusan menjadi amalan di kalangan kita. Sikap menunggu bantuan menagih sabsidi, mengharap pertolongan tidak boleh dibiarkan dan misti diubah sekarang. Revolusi mental mengubah sikap demikian bagi melakukan usaha sendiri secara bersendirian atau berkelompok perlu dilakukan.

Ambil inisiatif atau daya usaha sendiri untuk membangun.

Pelbagai ikhtiar boleh dilakukan. Kita tidak harus terus leka dengan bantuan. Di peringkat masyarakat bermacam-macam usaha boleh digerakkan supaya sifat bergantung ini dapat dikikis. Contohnya:-

a. Mengwujudkan pertanian berkelompok dengan menguasahakan tanah-tanah terbiat.

b. Menubuhkan Koperasi serba guna.

c. Menguruskan sistem buang sampah berbayar.

d. Mengwujudkan pusat membaca beryuran.

e. Mengadakan gotong royong menanam pokok.

f. Memelihara kampung dari gejala sosial.

g. Mengadakan kelas agama dan kelas tambahan untuk belia-belia dan murid-murid sekolah.

Terima bantuan tetapi jangan bergantung.

Kita tidak mengatakan bahawa kita harus menolak bantuan , tetapi jika ada peruntukan dan bantuan yang berhak diterima, seperti rumah orang miskin, jalan kampung, jambtan dan sebagai lagi harus diterima malah dituntut, kerana bantuan sedemikian adalah menjadi tanggung jawab pemerintah.

Firman Allah s.w.t. :-

”Dan mereka –hamba-hamba Allah yang berbakti – itu apabila menafkahkan hartanya, maka mereka itu tidak melampaui batas – terlalu boros - fdan tidak pula bersikap kikkir .”

(Al-Quran surah al-Furqan, ayat 67)

Sekian dahulu dalam bab ini, semoga akan dapat membuka minda pembaca sekalian dan juga moga-moga dapat membetulkan perkara tersebut demi untuk masa depan kita bersama.

Wassala mualikum.......!

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.

-------------------oooooooooooooooo------------------------

Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri.










Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga Diri.

Apakah Itu Takbur dan Bangga Diri

1. Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati.

2. Takbur Lahir iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh

Anggota.

3. Ketahuilah ada 7 Sifat Takbur :-

  1. Kerana Keturunan
  2. Kerana kecantikan
  3. Kerana Kekuatan
  4. Kerana Kekayaan
  5. Kerana banyak wang.
  6. Kerana banyuak ilmu
  7. Kderana ’alim.

4.. Ciri-ciri takbur dan Sombong.

  1. Memandang rendah dan menghina orang lain darinya.

  1. Meanggap diri sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.

  1. Meanggap dia dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.

  1. Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.

5.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

Firman Allah s.w.t. (631)

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ.

(المؤمن 60)

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan.

(Al-Mukmin ayat 60)

6..Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang. Firman Allah s.w.t. (631)

Firman Allah s.w.t.

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ

سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan

(Al-Mukmin ayat 60)

· Sabda Rasulullah s.a.w.

لاَ يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِنْ

خــَرْ دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ ٍ. (رواه ام بخارى دان مسليم)

Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.

ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.

Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka membangga-banggakan diri sendiri.

(H.R. Abu Hurairah r.a.)

7.. Hakikat Takbur dan Bahayanya.

a. 1.Sifat takbur kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba dengan berbagai-bagai akhlak dan budipekerti kaum mukminin.

b. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua pintu-pintu syurga.

8.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong

a.Ia tidak mencintai kaum muslimin.

b.Ia tidak akan merendah dirinya

c.Ia tidak menjauhi perasaan hasad dengki dendam.

d.Ia tidak akan bercakap benar

e.Ia tidak akan menjauhi sifat marahnya

f .Ia amat gemar mengumpat dan mengejek.orang.

9.. BAGAIMANA SEORANG ITU MENJADI TAKBUR DAN SOMBONG.

Ada sebab orang itu mebjadi takbur:

a. Takbur keraan keturunan

b. Takbur kerana kecantikan

c. Takbur kerana kekuatan

d. Takbur kerana kekayaan

e. Takbur kerana banyak wang

f. Takbur kerana banyak ilmu

g. Takbur kerana wara’ dan ‘alim.

10. Takbur Kerana Keturunan

a. Orang yang takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati hatinya dengan mengingati bahawa anggapan itu suatu kebodohan dan hendaklah mengetahui bahawa kejadiannya adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana boleh ia katakan yang ia dari keturunan yang mulia. Ayah dan dato’ neneknya itu ibarat setitis air mani yang kotor dan dato’nya itu juga adalah ibarat tanah yang telah hancur dalam perut bumi

b. Allah s.w.t. berfirman:-

ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ سُلـَلـة ٍ مـِنْ مـَّاءٍ مـَّهـِيـْن ٍ (8)

ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ مـِن رُّو حـِه ِج وَجـَعـَلَ لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ اْلأ َفـْـءـِدَة ُقـَلـِيلاً مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9

Ayat 8. Dia (Allah) jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari sari air

hina (mani).

Ayat 9. Kemudian Dia (Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia tiupkan

ruh kedalamnya, dan Dia adakan untuk mu pendengaran, penglihatan dan hati.

Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih (kepadaNya).

(As-Sajaddah 8 & 9)

11.. Takbur kerana kecantikan

a. Ada orang suka bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia takbur.

Ia sentiasa ingat kecantikan dirinya itu lebih dari orang lain dan merasa

begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal selama-lamanya

b.. Hendaklah meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya

nescaya ia akan dapati badannya mengandungi berbagai kekototoran,

kerana manusia itu dijadikan dari kekotoran bila ia mati menjadi

bangkai. Sedangkan segala kecantikannya itu tidak kekal. akan musnah

bila-bila masa..

c. hendaklah ingat semuanya Seseorang itu kurniaan Allah dan Allah amat murka orang yang sombong dan takbur. Aabila seseorang itu telah ingat semua perkara-perkara itu nescaya ia akan hilang segala takbur dan sombong dirinya.

12... Takbur Kerana Kekuatan.

a.. Allah memberikan badannya besar dan ia merasa megah dan takbur

kerana ia mempunyai kekuatan. Ia menyombongkan diri dengan orang

lain dan takbur kerana ia merasa dirinya gagah. Ia bercakap takbur dan

bersikap angkuh dan nmemandang rendah terhadap orang lain.

b.. Akibat dan padahnya:

Seseorang itu hendaklah ingat apabila ia takbur dan merasa gagah maka

Allah mudah mengenakan dirinya diserang penyakit. Ia sudah terjatuh

dalam golongan syirik kerana ia merasa megah dari Allah pada hal Allah

Maha Gagah dan Kuat. Amalannya akan dihapus selagi ia tidak bertaubat.

c.. Cara mencegahnya takbur ini.

* Hendaklah insaf diri kerana tiada siapa yang megah dari Yang Megah.

* Tiada siapa yang gagah dari Yang Gagah.

* Sentiasa ingat Allah yang memberi dan Dialah yang akan mengambil

balik.

13.. Takbur Karana Kekayaan.

  1. Seseorang itu merasa megah dan ia pun bersifat takbur kerana kekayaan mempunyai rumah besar, kerata mewah, dan harta banyak. Ia berlagak bercakap besar dan menghina orang yang miskin . Ia merasa hina bergaul dengan orang bawahnya kerana megah ia kaya.
  2. Bahaya dan padahnya.

Seseorang itu lupa bahawa segala kekayaan, kemewahan dan

kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja Allah boleh mengubahnya jika

ia berterusan sombong dan bongkak serta takbur diri.

Orang yang sombong bongkak dan takbur di dunia jauh dari syurga.

c. Sabda Rasulullah s.a.w.

Apabila anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang

dibawanya ke akhirat:-

1. Ilmu yang bermanafaat.

2. Sedekah jariah yang dibuat.

3. Anak-anak yang sentiasa mendoakan baginya.

d. Cara menjauhkan dari takbur ini:-

1. Seseorang itu hendaklah ingat ia akan kembali papa kedana

bila Allah membakar gedongnya, merugikan sahamnya,harta

kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia masih bersifat

demikian.

2. Ia hendaklah mengambil iktibar dengan beberapa kejadian yang

berlaku sehari-hari.

14.. Takbur Kerana Banyak Wang.

a. Seseorang itu sombong dan takbur apabila banyak wang dan mudah

lupa hal agama. Ia selalu bercakap besar, angkuh dan menghina orang lain

yang miskin.

b..Ia selalu bertindak melampaui batas kerana megah yang ia mempunyai

wang yang banyak. Ia sentiasa bersifat bakhil.

c.. Ia hendaklah ingat bahawa apabila di murkai Allah di atas perbuatannya

dan amalannya itu, maka segala wang dan harta bendanya akan musnah

dan pada hari itu ia tiada lagi boleh memperolehi nikmat yang dikurnia

Allah s.w.t. itu.

  1. Cara mengatasinya – Ia hendaklah meninggalkan perbuatan dan amalannya seperti itu. Banyakkan bersedekah dan membuat amalan wakaf harta bendanya

15. Takbur kerana banyak Ilmu.

  1. Seseorang itu sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu ia sentiasa megah, sombong dan takbur.

  1. Ia sentiasa meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain rendah darinya.

  1. Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.

d...Cara mengatasinya:

1.. Hendak ia sedar perkara seperti yang tersebut di atas tadi.

2.. Hendaklah ia insaf bahawa sifat takbur dan membesar diri kerana

berilmu tidak layak bagi sesiapa pun.

3.Selalu ia ingat bahawa sifat takbur dan membesar diri itu di murkai

Allah s.w.t.

16.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim

  1. Alangkah cepatnya perasaan takbur menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup dan dada penuh ilmu.

  1. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t.

c..Munkin ilmu yang ada itu bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu

haram dan dosa. Munkin orang alim itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya

masih kotor lagi, jiwanya busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia

belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai

jiwa yang kotor.

d..Dalam amal ibadat juga ada sifat sombong dan hina. Seperti orang banyak

beribadat timbul dalam hatinya takbur. Ia harap orang ramai selalu

menyebut tentang waraknya.

e..Ia memandang semua manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya

yang banyak, dan anggapan in membinasakan dirinya.

17…Kesimpilan.

a. Sabda Rasulullah s.a.w.

طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,

وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ

وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ

أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .

Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat, begitu juga orang yang suka menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmah.

(H.R. At-Termizi).

b. Sabda Rasulullkah s.a.w.lagi:

مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتـَكـَبـَّرَ

وَضَعـَهُ الله, ُ وَمـَن ِاقـْتـَصَدَ أ غـْنـَانـَه ُ اللهُ,

وَمـَن ْبـَذ َرَأ َفـْقـَرَهُ اللهُ, وَمـَن ْ أ َ كـْثــَرَ

ذ ِكـْرِ الله ِ أ َحـَبــَّه الله ُ.

(رواه مسليم)

Bermaksud”

Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri pula, nescaya akan dijatuhkan oleh Allah kedudukannya. Barang siapa berekonomi, nescaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya.

Barang siapa boros nescaya nescaya ia akan dimiskinkan Allah keadaannya, dan barangsiapa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah.

(HR. Bukhari dan Muslim)

c.. Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah kelak di akhirat nanti akan jadi peng-halang seorang hamba ke syurga.

d.. Sebab ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong

dan takbur dengan kaum mukminin.

e.. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi

ianya ke syurga.

Sekian, wassala mualaikum

warahmatullah hi wabarakatuh....

------------------------------oooooooooooooo------------------------------------