Thursday, December 29, 2011

Yang Merosakkan Akidah



TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.

-----------------------------------------

Yang Merosakkan Akidah -siaran ke 12

Akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salah as Soleh hanya menetapkan tanpa dipersoal atau diperbincangkan segala apa yang telah Allah tetapkan di dalam kitabNya (al-Quran) dan segala apa ayang telah dijelaskan oleh NabiNya di dalam hadith-hadithnya yang sahih.

Keimanan yang murni dan sempurna yang dimaksudkan oleh syara’ ialah apabila seseorang itu mengimani setiap nama-nama, sifat atau zat Allah tanpa melakukan apapun perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Adapun perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang Muslim ialah:

Kerosakan 1. Takyif – (تَكْيِيْفٌ)berwazankan taf’il ( تَفْعِيْلٌ)

Ia dari kata kerja ”Yang menggambarkan kaifiyah (bagaimana) bentuk atau hakikat ”. Atau Menggambarkan hakikat bentuk dari makna-makna tertentu yang hanya diketahui oleh Allah. Seperti menggambarkan hakikat zat Allah, hakikat sifat-sifatNya atau hakikat kewujudannya.” Atau mereka-reka menceritakan, membincangkan, mempersoalkan atau menanyakan bagaimana nama-nama, sifat atau zat Allah tersebut.”

Kerosakan 2. Tasybeh/tamsil (تَمـْثـِيـْــلٌ) adalah berwazan taf’il .(تَـفْـعِـيْـــل)

Ia diambil dari kata dasar (مَثَـلٌ اَوْ مِـثـْــل ٌ) yang bererti –“Tandingan” atau “Seteru”. Dalam syara’ tamsil bermaksud “Mengithbatkan, bandingan, menyerupakan atau memisalkan nama-nama, sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhlukNya”.

Terdapat dua bentuk Tamsil.

Pertama – Qiyas Tamsil.

Iaitu mengangkat salah satu dari beberapa makhluk yang dijadikan Tuhan kemudian dianggap sebagai Khalik, atau makhluk diangkat sebagai Tuhan secara dasar dan yang lain sebagai cabang, kemudian manganalogikan (menserupakan) atau mengqiyaskan yang satu dengan yang lain. Bentuk ini terbahagi dua;

a. Qiyas Kuli – Iaitu mengqiyaskan zat dengan zat. Misalnya mengatakan bahawa zat Allah serupa dengan zat makhluk atau sebaliknya.

b. Qiyas Juzi. Mengqiyaskan sebahagian sifat Allah dengan sifat makhluk atau sebaliknya.

Kedua. Qiyas tamsil Yang Syumul.

Iaitu memasukkan Khalik dan makhluk dalam satu kaedah umum di mana semua bahagian menduduki keadaan yang sama di dalamnya. Misalnya- Mengatakan bahawa semua yang mawujud adalah satu bentuk atau semua yang menpunyai sifat adalah makhluk.

Kerosakan 3.. Ta’dil ( (تَـعْـطِـيْلٌ

Ia diambil dari kata al’atal yang bermaksaud, mengosongkan atau meninggalkan.” Kalimah ini boleh di temui di dalam al-Quran seperti:

وَبِـءْـر ٍ مُّعـَطَّلـَـة ٍ (الحج اية 45)

“Perigi yang ditinggalkan”

Ta’til juga diertikan – “Membatalkan, mengingkari atau menolak sifat, nama-nama dan zat Allah yang sudah ada nasnya di dalam al-Quran dan As-Sunnah”. Atau juga “Meniadakan ketetapan atau makna nas-nas al-Quran dan As-Sunnah dari maksudnya yang hakiki”

Pembahagaian Ta’til ini terbahagi tiga iaitu;

a. Pertama – Menolak, menafikan atau meniadakan hakikat kesempurnaan Allah s.w.t. dengan menafikan atau meniadakan nama-nama dan sifat-sifatyNya.

b. Kedua - Menolak, menafikan atau meniadakan apapun perkara yang berkaitan dengan Allah sehingga meninggalkan ibadah dan ketaatan kepadaNya. Atau mengibadahi selain Allah s.w.t.

c. Ketiga – Menolak, menafikan atau meniadakan kekuasaan dan keberadaan Allah s.w.t.. Mengengkari bahawa segala makhluk adalah ciptaanNya. Mengithbatkan, membandingkan sebaghagian atau seluruh makhluknya kepada selain Allah. Meanggap makhluk itu lebih dahulu ada. Atau meanggap segala ciptaan Allah bukan makhluk Allah s.w.t.

(Bersambung aan datang) aitu hal ehwal mengenai perkara “Tahrif” (kalimah)

Sekian dahulu dan akan kit temui lagi dalam masa yang singkat nanti.



(Rujukan –Kitab Akkidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah m.s., 240)



-------------oooooooooooo-----------------

.

No comments:

Post a Comment