Tuesday, January 3, 2012

Larangan Mencuri.



Larangan Mencuri.

Ketahuilah bahawasanya kita tidak boleh mengambil harta orang lain walaupun barang yang kecil sekali atau harganya murah. Kalau kita mengambil harta orang lain, sama ada secara terang-terangan atau secara tersembunyi, sedangkan harta itu berada di tempatnya yang bagus maka kita sudah dianggap mencuri.

Mencuri besar dosanya dan diberi hukuman di dunia dan juga di akhirat nanti. Oleh itu kita janganlah mempunyai budaya mencuri, walaupun kecil dan harganya murah.

Sekian. Wassalam mualaikum.




Monday, January 2, 2012

Kelalaian kerana Kemabukan.



Kelalaian kerana Kemabukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

غَشِيَتْكـُمُ السَّكـْرَتَانِ, سَكـْرَةُ حُبِّ الـْعَيْشِ وَحُبِّ الـْجَهْلِ فَعِنذَلـِك لآ تَأْ ْ مُرُونَ بِالـْمَعْرُوفِ, وَلآ تَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكـَرِ. وَالـْقَاءِـمُونَ بِالـْكِتَابِ وَالسَّنَّةِ كـَالسَّا بِقِيْنَ الأ َوَّلِيْنَ من الـْمُهَاجِرين والْ َأنـْصَار. (رواه أبو نعيم عن عاءـشة.)

Bermaksud:-

Telah meliputi akan fikiran kamu oleh dua kelalaian atau kemabukan iaitu

:(1). Mabuk kerana kasih akan hidup di dunia

(2). Mabuk kerana kasih akan barang yang membawa kepada kejahilan, di waktu itu tidak lagilah kamu menyuruh-nyuruh dengan kebajikan, dan melarang yang mungkar, maka siapa yang berpregang dengan Al-Quran dan Hadith dimasa itu ialah sebagai sahabat-sahabat yang dahulu, ahli Mekah, dan ahli Madinah.

Ulasan.

Manusia sentiasa mengisikan fikiran dan khayalannya sehari-harian dengan dua perkara:-

(1). Ia mabuk dengan fikiran yang amat mengasihi dunia ini yang ianya sentiasa boleh melakukan kemungkaran, kepuasan nafsunya, dapat mengikuti segala ajakan syaitan dengan perkara-perkara akhlak yang buruk dari ajaran Islam.

(2). Manusia mabuk kerana terlalu kasih akan barangan yang membawa kepada kejahatan seperti mempunyai wang banyak yang sentiasa digunakan untuk melakukan maksiat, mempunyai kereta mewah yang boleh ianya berpoya-poya dengan wanita-wanita cantik dan dapat pula melakukan perzinaan, dapat pergi ke tempat-tempat maksiat dan mudah meminunm arak, mudah menipu manusia lain dengan menunjukkan perbuatan riak dan sombong serta bermegah-megah dengan rumahnya yang tersegam besar itu.


Dikala itu tidak lagilah ia mahu menyuruh-menyuruh orang lain mahupun dirinya sendiri untuk melakukan dengan kebajikan dan melarang kemungkaran kerana terlalu kasih akan dunia ini.

Hanya mereka yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-Hadith sahaja dikala itu akan jadilah sebagai sehabat-sehabat Nabi s.a.w. yang dahulu iaitu ahli Mekah dan ahi Madinah dan mereka itulah yang menjadi orang yang beruntung yang dapat masuk syurga. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran,

surah At-Talaq ayat 2 dan 3 :-

وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.

وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا (3(


”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq ayat 2 dan 3).


Sekian dahulu, semoga kita dapat bersama-sama bermenung dan memikirkan segala perkara tersebut di atas demi untuk kebahagan kita di dunia dan di khirat.

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.

-----------ooooooooooo






Kasih Sayang Untuk Kebahagian.




Kasih Sayang Untuk Kebahagian.

Di antara adab atau tanggungjawab kepada orang lain ialah menginginkan dia mendapat kebaikan dan berusaha supaya dia senang atau gembira. Tegasnya hendaklah kita merasa senang jika orang bahagia dan kita merasa sedih jika dia mendapat hal-hal yang tidak diingini.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


Tidak beriman salah seorang kamu sehingga dia sayang kepada saudaranya seperti sayangkan kepada dirinya sendiri.

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sayang kepada orang lain seperti sayang kepada diri sendiri terkadang mahu juga timbul dalam hati kita tetapi khusus kepada anak atau saudara saja. Kita ingin adik kita misalnya supaya sihat seperti yang kita inginkan terjadi kepada diri kita sendiri.

Kita ingin supaya dia mendapat anak, kita ingin murah rezekinya. Sebaliknya kita tidak menginginkan dia berpenyakit, mendapat musibah jalan raya dan sebagainya. Bahkan terhadap anak, kita menginginkan supaya dia lebih hebat dari kita, sama ada segi pendidikannya, segi pekerjaannya dan sebagainya.

Bererti kita menginginkan orang lain mendapat kebaikan seperti yang kita inginkan terjadi terhadap diri kita sendiri. Kalau demikian bererti kita menyayangi orang lain seperti diri kita sendiri.

Cuma sayangnya perasaan seperti itu timbul untuk saudara dan anak saja. Sedangkan terhadap orang lain kita tidak menginginkan seperti itu. Sepatutnya terhadap orang lain pun asalkan dia Muslim, kita merasa seperti saudara kita sendiri. Kerana dalam al-Quran atau Hadis banyak menyebutkan orang jauh itu pun, kalau dia Muslim, sebagai saudara. Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ,setelah amalan fardu, adalah memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa orang Muslim.” (H.R.Tabrani)

Memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa orang Muslim maksudnya berusaha menghibur dan menyenangkan hatinya. Kalau dia sedang menghadapi masalah, kita ikut berusaha membantunya. Kalau dia sedang ditimpa musibah seperti kematian ahli keluarga, kita berikan bantuan material atau moral. Dengan demikian berkurang kesusahannya. Amalan seperti itu termasuk yang paling disukai Allah setelah amalan-amalan fardu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang Muslim adalah saudara Muslim lainnya. Dia tidak boleh menzaliminya dan membiarkannya (tidak menolong). Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah menunaikan hajatnya pula. Sesiapa yang mengatasi kesusahan orang Muslim maka Allah menghilangkan kesusahan pada saat terjadinya kesusahan atau huru-hara hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib orang Muslim, maka Allah menutupi aibnya pada hari kiamat.

(H.R. Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 114 yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberikan kepada- nya pahala yang besar.” (An Nisa’ ayat 114)

Bagaimanapun kasih sayang sesama Muslim termasuk juga kita menunjukkan perilaku yang baik dan bercakap secara jujur. Tidak berbohong dan tidak menipu orang. Kita hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia. Di samping itu kita hendaklah selalu menasihati orang untuk membuat kebaikan, yakni menyuruh atau menasihati orang berbuat baik dan melarang berbuat jahat.

Kalau anda seorang peniaga, maka terangkan kepada pembeli keadaan barang yang anda jual. Kalau ada kecacatan katakan sebenar, kalau yang tidak bagus katakan sebenar, jangan hendak melariskan barangan anda yang menyebabkan pembeli tertipu.

Kalau anda seorang suami kasih sayang hendaklah diberikan kepada isteri secara jujur dan begitulah sebaliknya kalau anda seorang isteri. Jangan cuba mengasihi orang lain dalam pergaulan sebagai suami isteri. Jangan ada penipuan antara suami dan isteri kerana perbuatan tidak jujur itu mengakibatkan perceraian sesama suami isteri.


Kalau anda seorang isteri berikan sungguh-sungguh kasih sayang pada suami anda. Layanlah dia dengan sepuas-puasnya, maka dengan itu akan mengelakkan berlakunya kucar-kacir dalam rumah tangga., seterusnya berlaku perceraian. Apa yang menyebabkan berlakunya perceraian ialah disebabkan suami tidak merasa kepuasan dengan layanan yang diberikan oleh si isteri. Layanan itu terlalu banyak dan tidak dapat hendak disebutkan di sini sepenuhnya.

Layanan itu bermula dari bangun tidur, seumpama menyediakan sarapan pagi yang digemari oleh si suami, bukan ala kadar sahaja, bagi melepaskan batuk di tangga. Bangun tidur lebih awal dari suami, solat subuh, wajib mengajak suami solat berjemaah bersama. Jangan zikir terlalu lama, kerana hendak menyediakan sarapan pagi.

Selepas itu ingatkan jadual si suami, ingatkan dia apa yang akan di lakukan hari itu. Sediakan pakaiannya yang sempurna mengikut jadual. Gosok baju, kasut dan tali leher jika dia akan bekerja di pejabat. Jika dia seorang pekerja biasa bekalkan makanannya supaya dia tidak lapar atau dahaga selepas bekerja kuat di tengah panas. Lepaskan dia pergi kerja dengan kasih sayang dan muka manis penuh harmoni. Jika anda ada anak kecil, bawa dia bersama-sama semasa hendak melepaskan suami pergi bertugas atau bekerja. Biarkan suami cium sayang semasa itu, jangan elakkan dia berbuat demikian. Ini menyebabkan kasih sayang itu bertambah erat lagi.

Semasa suami tiada di rumah pergi bertugas, pergi bekerja atau pergi merantau yang dijadualkan buatlah kerja rumah, jika ada anak, jalankan didikan pada anak.-anak.


Jangan berkumpul sesama wanita dan membuat tohmah atau kata mengata atau mengumpat pada orang lain. Kebersihan rumah tangga yang amat perlu diutamakan, supaya apabila ada suami nanti dia akan merasa lapang fikirannya dengan keceriaan itu.

Jangan memberikan sesiapa pelawat masuk rumah semasa tiada suami di rumah, kecuali adik-beradik sendiri.

Dalam hal kasih sayang ini terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan agar suasana aman damai dan makmur sesama manusia. Apa yang penting pokoknya ialah mengamalkan akhlak mulia dan meninggalkan akhlak yang keji dan buruk.

Penulis akan menyambung lagi dalam perkara:

a. Bagaimana hendak menyambut suami semasa dia balik dari kerja atau dari ziarah.

b. Bagaimana hendak melayan suami dalam kamar

c. Bagaimana hendak mengatasi suami yang ada menyimpan rakan wanita yang lain.

Sekian, semoga anda sentiasa mengamalkan amalan kasih sayang bukan sahaja pada manusia tetapi juga kepada makhluk yang lain.

Wassala mualaikum….!

---------------oooooooooooooo-----------------------

(Rujukan: Kitab “Membina Generasi Berakhlak”, muka surat 14-20)


DOA MEMOHON AMPUN.



DOA MEMOHON AMPUN.

بــــِسْمِ الله ِالـرَّحـْمـَنِ الـرَّحــِيـْمِ.

ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِـيْـنَ, وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلْامُ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. حَمْدَ الـْحَامِدِيْنَ, حَمْدَ الذَّاكِرِيْنَ, حَمْدَالشَّاكِرِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُدَافِـعُ نِقَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَا لـَكَ الـْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلـْطَانِكَ. اَللـَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتـَنَا تَامَّة ً وَاغْفِرْ لـَنَا ذ ُنُوْ بَنَا عَامَّة ً وَلَا تُعِذ ِّبْنَا يَوْمَ الـْقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلَى كـُلِّ شَىْءٍ قـَدِيـْرٌ.

اَللـَّهُمَّ اغـْفِرْ لـَنَا ذُنُوْبَنـَاوَلـِوَالـِدَيـْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبـَيَّا نَا صَغِيْرَا وَلِجَمِيْعِ الـْمُسْلِمِيـْنَ وَالـْمُسْلـِمَتِ وَالـْمُؤْمِنـِيْنَ وَالـْمُؤْمِنـَاتِ الْأ َحْيـَاءِ مِنـْهُمْ وَالْأ َمْوَاتِ. اَللـَّهُمَّ ا َحْيـَنـَا بِحَيـَاةِ الـْعـُلـَمَاءِ وَاَمِتـْنـَا بِمَوْتِ الشـُّهَدَاءِ وَاحْشـُرْنـَا فِى زُمـْرَةِ

الْأ َوْلـِيـَاءِ وَاَدْخِلـْنـَا الـْجَنـَّةَ مَعَ الْأ َنـْبـِيـَاءِ عـَلـَيْهـِمُ الصَّلَاة ُ وَالسـَّلَامُ.

ا َللـَّهُمًّ تـُبْ عَلـَيْنـَا قـَبْلَ الـْمَوْتِ وَارْحَمْنَا عـِنْد َ الـْمَوْتِ وَلَا تـُعَـذ ِّ بْـنَا بَعـْد َالـْمَوْتِ, يـَاخَالـِقَ الـْمَوْتِ وَيَاسَامـِعَ الصَّوْتِ اِحْفـَظـْنـَا مـِن َ الْا َ فـَاتِوَالـْعـَاهـَاتِ وَالـْعـُقـُوبـَاتِ بـِرَحـْمـَتِكَ يـَاأ رْحَمَ الرَّاحِمِيْن َ.

أ َللـَّهُمَّ أ َحْسِنْ عَا قـِبَتـَنَا فَى الْأ ُمُوْرِ كـُلـِّهَا وَا جِرْنـَا مِنْ خَزْيٍّ الـدُّنـْيَـا وَعَذ َابِ الْا َخِرَةِ. رَبَّـنَا اصْرِفْ عـَنَّا

عَذ َابَ جَهَّنـَّمَ إ ِنَّ عَذَابَهَا كـَانَ غـَرَامـًا إِنـَّها سَاءَتْ مُسْتـَقـَرًا وَمـُـقـَامـًا.

رَبَّنَا آتِنَا فِى الد ُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى الْأ َخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذ َابَ النـَّارِ. وَصَلىَ لله ُ عَلىَ خَيْرِ خَلـْقِهِ مُحَمَّدٍ النـَّبِيِّ الْأ ُمِّيِّ وَعَلىَ

آلِهِ وَصَحْبِهِ أ َجْمَعِيْنَ بِفَضْلِ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الـْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلَام ٌ عَلـَى الـْمُرْسـَلـْيْنَ وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعـَالـَمِيـْنَ.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam sebagai pujian orang yang memuji, pujian orang yang berzikir, pujian orang yang bersyukur, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatnya dan menolak azabnya dan menjamin pertambahannya, wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian sebagaimana yang layak bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu, wahai Tuhan kami terimalah daripada kami solat kami dengan keadaan sempurna dan ampunilah bagi kami dosa-dosa kami semuanya dan janganlah Engkau menyeksakan kami di hari qiamat nanti, sesungguhnya Engkau diatas tiap-tiap sesuatu amatlah berekuasa.

Ya Allah ampunilah bagi kami dosa-dosa kami, dua ibubapa kami dan kasihanlah mereka berdua sebagaiamana mereka mendsidik kami di waktu kami kecil dan bagi sekalian orang Islam lelaki dan perempuan danbagi

sekalian orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidp di kalangan mereka mahupun yang sudah mati. Ya Allah hidupkanlah kami sebagai kehidupan orang-orang yang alim dan matikanlah kami sebagaimana mati para syuhuda (mati syahid) dalam kumpulan wali-wali, masukkanlah kami akan syurga bersama para Nabi s.a.w.. ya Allah! Terimalah taubat di atas kesalahan kami sebelum mati dan kasihanilah kami ketika mati dan janganlah Engkau menyiksakan kami selepas mati, wahai Tuhan yang menjadikan maut, wahai Tuhan yang mendengarkan suara, peliharalah kami dari segala penyakit, bala bencana dan segala penyeksaan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang maha penyayang daripada segala yang penyayang.

Ya Allah perbaikilah kesudahan dalam segala urusn semuanya dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azabakhirat. Tuhan kami! Palinglah daripada kami azab neraka jahannam, sesungguhnya ia sehodoh-hodoh tempat ketetapan dan termpat tinggal. Wahai Tuhan kami

kurniakanlah akan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api nerakan.

(Rujukan –Petikan dari Kitab “Himpunan doa-doa pilihan” dari al-Quran dan al-Hadis, oleh Prof.Dato Dr. Haron Din & Us. Ishak Din.”)

----------------ooooooo------------------

Sunday, January 1, 2012

Doa Selepas tiap-tiap Solat Waktu.


Doa Selepas Solat Waktu.

(N 7- ms 83)

بـِسـْمِ اللهِ الـرَّحـْمـَنِ الـرَّحـِيـْم ِ

ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ, حَمْدًا يُوَافِي نِعْمَهُ وَيُكَا فِي ءُ مَـزِيْـدَهُ, يَا رَبَـنَّا لـَكَ الـْحَمْـدُ كـَمَا يَـنـْبَـغِي لـِلـْجَلَا لِ وَجْهِـكَ وَعَظِـيْمِ سُلـْطَانـِكَ.

ا َللـَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاة ً تـُنْجِـيْنـَا بِهـَا جَمِيعِ الْأ َهْوِالِ وَالْآفـَاتِ, وَتـَقـْضِي لـَنـَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الـْحَاجَاتِ وَتـُطَهـِّرُنَا بِهـَا مِنْ جـَمِيعِ السَّيـِّـءَـاتِ

وَتـَرْفـَعُنـَا بِهَا عـِنْد َكَ أ َعْلىَ الـدَّرَجَاتِ وَتـُبـَلـَّغـُنَا بِهـَا أ َقـْصَى الـْغـَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الـْخَيـْرَاتِ فِـي الـْحَيـَاتِ وَبَعـْد َ الـْمَمَاتِ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـَّمْ تـَسْلـِيْمًا كـَثِيْرًا بِرَحْمَتِكَ يَاأ َرْحَمَ الرَّحِمِيْـن.

ا للـَّهُمَّ رَبَّنَا تـَقـَبَّلْ مِنـَّا صَلَا تـَنَا تـَآمَّةً وَاغـْفِرْلـَنَا ذُ نُوْبَنَا عَآمَّة ولَاا تُعَذ بْنَا يَوْمَ الـْقِيَامَةِ إِنـَّـكَ عَلىَ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ. اَللـَّهُمَّ اَصْلِحْ ذ اتَ بَيْنِنـَا وَاَلـِّفْ بَيْـنَ قـُلـُوْ بِنَا وَاهْدِنَا سُـبُـلَ السَّلَامِ وَنَجِّـنَا مِنَ الظُّلـُمَاتِ إِلىَ النـُّوْرِ وَجـَنـِّبـْنـَا الـْفَوَا حِشَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ. اَللـَّهُمَّ بَارِكْ لـَنَا فِي أسْمَا عِنَا وَأبْصَارِنَا وَقـُلـُوْبِنـَا وَأزْوَاجِنـَا وَذُرِّيَا تِنَا وَتـُبْ عَلـَيْنَا إ نـَّكَ أَنـْتَ التـَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.

اَللـَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الـْبَلَاءِ وَد َرْكِ الشـِّقـَاءِ

وَسُوْءِ الـْقـَضَاءِ وَشَمَاتـَةِ الـْلأ َعْـدَاءِ وَنـَعُوْذُ بِكَ مِنَ الـْمَأْ ثـَمِ وَالـْمَغـْرَمِ وَمِنْ سُوْءِ الْآخْلَاقِ. اللـَّهُمَّ إِنـَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الـْهَمِّ وَالـْحَزَنِ وَنَعُوْذُ بـِكَ مِنَ الـْعَجْزِ وَالـْكَسَلِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الـْجُبـْنِ وَالـْبُخْلِ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ غـَلـَبَةِ الدَّيْنِ وَقـَهـْرِ الرِّجَالِ. اللـَّهُمَّ اخْتِمْ لـَنَا بِحُسْنِ الـْخَاتـِمَةِ وَلَا تـَخـْتِمْ عَلـَيْنَا بِسُوْءِ الـْخَاتـِمَةِ.

رَبَّنـَا آتـِنَا فِى الدُّنـْيَا حَسَنـَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنـَةً وَقـِنَا عَذَ ابَ النـَّارِ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سَيـِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلـِهِ

وَصَحْبِهِ أجْمَعـِيْنَن َ. سُبْحَانَ رَبـِّكَ رَبِّ الـْعـِزَّةِ عـَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلىَ الـْمُرْسَلِيْن وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah yang mentadbir segala alam sebagai kepujian yang melengkapi nikmatnya dan menjamin pertambahannya. Wahai Tuhan Kami ! Bagi Engkaulah segala kepujian sebagaimana sepatutnya bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Ya Allah rahmatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang menyelamatkan kami dengannya dari segala huru hara dan segala penyakit dan Engkau tunaikan bagi kami dengannya dari segala hajat, Engkau bersihkan kami dengannya dari segala kejahatan, Engkau angkatkan kami dengannya di sisiMu setinggi-tinggi darjat, Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh kesudahan dari segala kebaikan semasa kami hidup dan sesudah kami mati, dan juga ke atas keluargaannya dan sahabatnya, dan selamatkanlah sebagai keselematan yang banyak dengan rahmatMu wahai pengasih dari segala yang pengasih penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan kami!. Terimalah daripada kami solat kami dengan sempurna dan ampunilah bagi kami segala dosa kami sekaliannya dan janganlah Engkau menyeksakan kami pada hari qiamat nanti, sesungguhnya Engkau amatlah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah di antara hati-hati kami dan tunjukilah kami jalan-jalan yang selamat dan

lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan jauhilah kami akan kekejian sama ada yang lahir daripadanya mahupun yang tersembunyi.

Ya Allah, Berkatilah bagi kami segala pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, keturunan kami dan terimalah taubat dari kesalahan kami, sesungguhnya Engkau banyak menerima taubat lagi penyayang.

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung denganMu dari kesusahan bala dan kedapatan kecelakaan dan hodoh perelaksanaan dan makian seteru dan kami beelindung

denganMu dari dosa dan hutang dan dari hodoh perangai.

Ya Asllah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dari fitnah masihuddajal.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari keluh kesah dan dukacita dan kami berilndung denganMu dari lemah dan malas dan kami berlindung denganMu dari penakut dan bakhil dan kami brerlindung denganMu dari tekanan hutang dan kekerasan sikap lelaki.

Ya allah sudahilah bagi kami dengan seelok-elok kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan, wahai Tuhan kami berilah akan kami kebaikan di dunia dan

kebaikan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

(Rujukan Kitab “Himpunan Doa” oleh Prof. Dato’ Dr. Haron Din)



DOA UNTUK KESIHATAN.

بــــِسْمِ الله ِالـرَّحـْمـَنِ الـرَّحــِيـْمِ.

ا َلـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ, وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلْامُ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. اَللـَّهُمَّ تـَقـَبـَّلْ صَلَا تـَنَا تـَامَّة وَاغـْفِرْ لـَنَا ذ ُنـُوْ بَنَا عَامَّة ً وَلْا تـُعَذ ِّبْنَا يـَوْمَ الـْقِيَامَةِ. إِنـَّكَ عَلىَ كُلَّ شَيْءٍ قـَد يْرٌ.اَللـَّهُمَّ إِنَا نَسْـأ لـُكَ مِنَ النـَّعْمَةِ تـَمَامَهَا وَمَنَ الصَّحَةِ دَوَامَهَا وَمِنَ الرَّحْمَةِ شُمُوْلـَهَا وَمِنَ الـْعَافِيـَةِ حُصُوْلـَهَا وَمِنَ الـْعـَيْشِ اَرْغَـدَهُ وَمِنَ الـْعُمْرِ اَسْعَدَهُ وَمِنَ الاْإِحْسَانَ اَتـَّمَهُ وَمِنَ اْلِإنـْعَامِ اَعَمَهُ وَمِنَ الـْفـَضْلِ اَعْذ َبـَهُ وَمِنَ الـُّطْفِ اَنـْقـَعَهُ.

اَللـَّهُمَّ كـُنْ لـَنَا وَلْاتـَكُنْ عَلـَيْنـَا, اَللـَّهُمَّ اخْتِمْ بِالسَّعَاَدَةِ آجَالـَنَا وَحَقـِّقْ بِالزِّ يَادَةِ آمَالـَنَا وَاقـْرُنْ بِالـْعَافـِيَةِ غـُدُوَّنـَا

وَاَصَالـَنَا وَاجْعَلْ فِى رَحْمَتِكَ مَصِيْرَنَا وَمَاءَلـَنَا وَصُبَّ سِجَالَ عَفـْوِكَ عَلىَ ذ ُنـُوْ بِنَا وَمُنَّ عَلـَيْنَا بـِإِصْلَاحِ عـُيُوْبِنـَا وَاجْعَلِ التـَّقـْوَى زَادَنـَا وَفِى دِيْنـِكَ إِجْتـِهَادُنـَا وَعـَلـَيْكَ تـَوَكـَّلـْنـَا وَاعْتـِمَاد َنـَا وَثـَّبـِّتـْنـَا عَلىَ نـَهـْجِ الْإِسْتـِقـَامَةِ وَاَعـِذ ْنـَافِى الدُ نـْيَا مِنْ مُوْ جِبَاتِ النـَّد َامِةِ وَخـَفـِّفْ عَنـَّا ثـِقـَلَ الْأوْزَارِ وَارْزُقـْنـَا عَيْشَ ا لْأ َبْرَارِ وَاكـْفِنـَا وَاصْرِفْ عـَنَّا شـَرَّالْأ َشـْرَارِ.

رَبَنَّا قــَنِّعْنَا بِمَا رَزَقـْتـَنَا وَبَارِكْ لـَنَا فِيْمَا اَعْطَيْتـَنـَا وَاخْلـُفْ عَلـَيْنَا كُلَّ غَاءِـبَةٍ لـَنِا مِنْكَ بِخَيْرِ. اَللـَّهُمَّ تـَوَفـَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَاَحْيَنَا مُسْلِمِيْنَ وَالـْحِقـْنَا بِالصَّالـِحِيْنَ غـَيـْرَ خـَزَايَا وَلْا مـَفـْتـُوْنِـيْنَ. رَبَّنَا آتِنَا فِى الد ُّنـْيِا حَسَنَة ً وِفِى

الْأ َخِرَةِ حَسَنَة ً وَقِنـَا عـَذ َابَ النـَّارِ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سَيـِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ أ جْمَعـِيْنَن َ. سُبْحَانَ رَبـِّكَ رَبِّ الـْعـِزَّة عـَمَّا يَصِفُوْنَ

وَسَلَام عَلىَ الـْمُرْسَلِيْن وَالـْحَمْدُ للهِ رَبِّ الـْعَالـَمِيْنَ.

اَلـْفـَاتـِحـَةِ..........

آمِيْنَ! يَا اَللهُ آمِيْنَ يَارَحْمَنُ آمِيْنَ يَارَحِيْم آمِيْنَ يَارَبَّ الـْعـَلـَمِيْنَ. رَبـَّنـَا تـَقـَّبـَلْ مِنـَّا د ُعـَا ءَنَا إِنـَّكَ أ َنـْتَ السَّمِـيْعُ الـْعـَلـِيْمُ وَتـُبْ عـَلـَيْنَا إ نـَّكَ أ َنْـتَ الـتـَّوَّابُ الرَّحِيْمِ وَلَاتـُؤَاخِذ ْنـَا بِالـْعَظـَا ءِـمِ وَالـْجَرَا ءِـمِ يَاكَـَرِيْم ٌ. دَعـْوَاهـُمْ فِيـْهَا سُبْحـَنـَاكَ اللـَّهُمَّ وَتـَحِيـَّتـُهُمْ فِـيْهَا سَلَام ٌ وَاَخِرُ دَعْوَاهـُمْ اَنِ الـْحَمْدَ للهِ رَبِّ الـْعـَالـَمِيْن َ.

Makasudnya:

Dengan nama allah yang maha pemjurah lagi maha mengasihini, segala kepujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ke atas keluarganya dan sekalian sahabatnya. Ya Allah terimalah solat kami dengan sempurna dan ampunilah bagi kami segala

dosa kami semuanya dan janganlah Engkau menyeksakan kami pada hari qiamat, sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah kami memohon akan Dikau dari nikmat


secukupnya dan dari kesihatan yang berkekalannya dan dari rahmat melengkapinya dan dari keselamatan mendapatinya dan dari kehidupan semewahnya dan dari usia membahagianya dan dari kebaikan menyempurnakannya dan dari segala nikmat menyeluruhnya dan dari kelebihan merasa kesedapannya dan dari lemah lembut mendatangkan manfaatnya.

Ya Allah! Jadikanlah bagi kami dan janganlah Engkau jadikan ke atas kami, ya Allah tamatlah dengan kebahagian ajal kami dan pastikanlah dengan bertambah harapan kami dan kekalkanlah dengan kesihatan pada waktu pagi dan petang dan jadikanlah tempat kembali kami pada rahmatMu dan juruskanlah kemurahan

kemaafanMu di atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah ke atas kami dengan memperbaiki kemafaan kami dan jadikanlah ketaqwaan sebagai bekalan kami dan kesungguhan kami pada agama Engkau dan di atas Engkaulah kami berserah dan kami berpegang dan tetapkanlah kami di atas istiqamah dan lindungilah kami di dunia ini dari perkara-perkara yang boleh membawa penyesalan dan ringankanlah dari kami keberatan dosa dan rezekikanlah kami akan kehidupan yang baik dan peliharalah kami serta palingkanlah kami dari segala kejahatan. Wahai Tunan kami cukupkanlah kami dengan rezeki

yang trelah Engkau rezekikan kami dan berkatilah bagi kami pada apa yang tdelah Engkau berikan kepada kami dan gantikanlah ke atas kami setiap kehilangan bagi kami dengan kebaikan daripada Engkau.

Ya Allah! Matikanlah kami dalam Islam dan hidupkanlah kami dalam Islam dan hubungilah kami dengan orang-orang yang soleh tanpa kehinaan lagi tidak difitnahkan. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat serta peliharalahkami daripada azab api neraka.

Al-Fatihah.....................!


Perkenankan permintaan kami ya Allah, ya Rahman, ya Rahim wahaiTuhan sekalian alam. Tuhan kami! Terimalah daripada kami permintaan kami, sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi penyayang dan jananlah Engkau

menyiksakan kami Wahai Tuhan yang mulia. Seruan mereka padanya maha suci Engkau ya Allah dan penghormatan mereka padanya selamat sejahtera itu bagi Allah Pentadbir Sekelian Alam.




(Rujukan: Kitab ”Himpunan Doa-Doa Pilihan” oleh Prof. Dato’Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din.) /File Doa-doa Siri 7



/File Doa-doa Siri 7.

-----------ooooo---------------








KAWAL MARAH MENDAPAT ERAT SILATURAHIM DAN MENINGKATKAN IMAN






KAWAL MARAH MENDAPAT ERAT SILATURAHIM DAN MENINGKATKAN IMAN

Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan kurniaan nikmat Nya kepada kita pada hari ini, terutamanya dengan umur yang diberikan kepada kita, kepada kurniaan kesihatan dan rezeki yang diberikan kepada kita dan begitu juga dengan kedudukan pekerjaan yang kita sandangkan hari ini menyebabkan kita mewah, ceria dan aman makmur.

Dalam menjalankan tugas seharian, kita sentiasa berhubung tiga penjuru dengan kategori kumpulan yang berbeza watak, peribadi dan sifat dan ini memerlukan kemahiran dan kekuatan mengurus perasaan dan juga minda supaya kerja yang dijalankan secara profesional, bermanfaat dan mengundang rahmat dari Allah s.w.t.

Profesional bukan sahaja dilihat pada hasil atau output kerja semata-mata. Sebaliknya, yang seiring menjadi asas penilaian serta kepercayaan terutama bagi pelanggan ialah cara berurusan dan layanan baik kepada mereka. Jabatan Kerajaan dan Syarikat ternama dengan produknya yang berkualiti juga boleh terjejas imejnya di kalangan pelanggan hanya disebabkan oleh panggilan telefon yang tidak dijawab dengan mesra dan percakapan yang sombong oleh petugasnya atau tutur kata dan layanan yang kurang sopan, bertimbang rasa, betul, mesra dan berhemah.

Dalam menjaga hubungan interpersonal dan berurusan dengan pelanggan, Islam telah menengahkan satu kaedah efektif yang mudah dan murah iaitu dengan mengurus kemarahan. Mengurus kemarahan bererti menahan serta mengawalnya di mana-mana dan dengan sesiapa jua adalah kaedah yang sangat efektif untuk menzahirkan profesionalisme apabila berurusan dan bertindak khasnya di tempat kerja.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud “Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w.., berikanlah wasiat kepada ku. Jawab Baginda, “Janganlah engkau marah. Kemudian di ulang beberapa kali. Janganlah engkau marah-marah” (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Pesanan Rasulullah s.a.w. ini sungguh ringkas, tetapi yang sangat berguna. Ia bermaksud mengawal dan menahan nafsu kemarahan yang berlebihan dan membawa keburukan. Bukannya bermaksud menghilangkannya kerana itu mustahil bagi tabiat semula jadi makhluk dan juga kerana kemarahan yang betul cara ia diluahkan dan sesuai dengan keadaan dan masanya juga mempunyai manfaat. Iaitu marah yang tidak mengikut rasa hati semata-mata atau kerana membalas dendam atau kerana sesuatu yang remeh dan kecil kesannya, apatah lagi marah tanpa sebab.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “ Kemarahan itu daripada syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api dipadamkan oleh air. Oleh itu, jika ada di antara kamu yang merasa marah. Hendaklah ia mengambil wuduk.” (Riwayat Imam Ahmad)

Ketahuilah bahawasanya mengurus kemarahan bukan sahaja dapat mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia bahkan dapat menghindarkan daripada kemurkaan Allah s.w.t. seperti yang dinyatakan oleh sahabat Rasulullah s.a.w. Amru bin al-As serta dijanjikan syurga baginya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran, ayat 133-134 yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang seluas langit dan bumi, dan disediakan bagi sekalian yang bertakwa iaitu mereka yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah Maha mengasihi mereka yang melakukan kebaikan.”:

Wahai saudara ku sekalian. Mengurus kemarahan perlu dilatih untuk mengawal emosi dan memelihara perhubungan interpersonal. Oleh itu marilah kita mengurus kemarahan dengan cara yang profesional dengan cara semasa berinteraksi dan berkomunikasi sesama pelanggan, rakan, majikan khasnya sesama Islam untuk membentuk persekitaran kerja dan keadaan yang harmoni, menjaga imej organisasi, menguatkan kepercayaan pelanggan, menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah s.w.t. serta yang paling utamanya ialah meningkatkan kesempurnaan iman kita.

Sekian, wassala mualaikum…….