Saturday, December 31, 2011

Bersungguh menunaikan kewajipan

Bersungguh menunaikan kewajipan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم

Allah menunjukkan ke jalan yang benar.

وَالـَّذِيْنَ جَاهـَدُوْا فِيـْنَا لـَنَهْدِيَنـَّهُمْ سُبُلـَنَا ط وَإِنَّ اللهَ لِمِعَ الـْمُحْسِنِيْنَ (الروم:69)

“Orang-orang yang berjuang dalam menunaikan hak Kami, (Allah) nescaya Kami tunjuki mereka ke jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang memperbuat kebaikan. (Ar-Rum ayat 69)

Keterangan ayat 69.

Orang-orang yang bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan, yang dipikulkan Allah kepadanya, maka Allah akan menunjukinya kepada jalan yang betul. Meskipun ada halangan dan bahaya-bahaya di tengah perjalanan itu, tetapi kalau ia rajin dan sungguh-sungguh, sabar dan tekun, dan tawakkal maka Allah akan sampaikan maksud dan hajatnya.

Maka kalau kita ada kemahuan misti di sana ada jalan. Bermaksud orang-orang yang memperbuat kebaikan niscaya Allah s.w.t. akan menolong orang yang bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan, yang dipikulkan oleh Allah s.w.t. kepadanya, maka Allah akan menunjukkinya kepada jalan yang betul. Meskipun ada halangan dan bahaya-bahaya ditengah jalan itu, tetapi kalau ia rajin dan sungghuh-sungguh, tekun dan sabar, serta bertaqwa krepada Allah, maka maksaudnya itu akan sampai. Percayalah...!

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Thalaq ayat 2 dan 3 yang bermaksud:-

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup,dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Al-Quran Surah Ast-Talq ayat 2 dan 3)

Sekian dahulu buat sementara waktu dan akan kita bertemu lagi di Blog ini dalam masa yang terdekat.

Wassala mualaikum…… !

---------

Membina Masyarakat Berakhlak Mulia


























Ucapan selamat tahun Baru dari dua sahabat Kak Jah.















Membina Masyarakat Berakhlak Mulia

Masyarakat Islam tersusun atau terbentuk dari individu-individu dan keluarg-keluarga yang diperintah oleh undang-undang yang diberikan oleh Al-Quran dan Sunnah. Islam yang berarti perdamaian dan kehormanian menuntut pengikut-pengikutnya saling cinta dan kasih sayang, koordinasi dan kerjasama, serta hidup berdampingan secara damai dalam masyarakat.

Kerana itu ajaran-ajarannya berkisar seputar etika dan tingkah laku moral dari individu-individu dan keluarga-keluarga. Kanyataannya, tujuan Allah s.w.t. mengutus Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah untuk melatih manusia dalam menerima moral yang baik. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam sebuah hadisnya yang terkenal:

إ ِنَّمَا بُعِثْتُ لِأ ُتَمِمَّ مَكَارِمَ الْأ َخْلَاقِ.

“Sesungguhnya aku di utus untuk memperbaiki dan menyempurnakan etika dan tingkah laku moral.”

Undang-undang dan ajaran moral masyarakat Islam, semuanya memancar dari suatu sumber iaitu wahyu Allah, yang terpelihara dalam Al-Quran dan Sunnah. Nilai-nilai moral masyarakat di dalam Islam sangat berbeza dari tradisi masyarakat bukan Islam moden, berlawanan dengan undang-undang buatan manusia yang lemah. Islam memberikan landasan moral yang kukuh bagi kehidpan sosial dan budaya manusia. Di atas landasan ini, yang benar dibenarkan dari yang salah, yang baik dari yang buruk.

Dalam keupayaan membawa perdamaian dan keharmonian dalam masyarakat, Islam memperingatkan individu dan keluarga untuk mengatur kehidupan mereka sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan, rasa persehabatan kerjasama dalam mengerjakan yang baik dan tidak kerjasama dalam perkara kejahatan, kejujuran, keikhlasan, kasih sayang terhadap anak yatim, membabntu fakir dan miskin, mempertunjukkan penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa dan menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga.

Menurut Islam, perbuatan yang dilarang, akan mengakibatkan hancurnya perdamaian dalam masyarakat dan meniadakan tujuan Islam itu. Firman Allah s.w.t. :

إ ِنَّمَا الـْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَة فـَأ َصْلِحُوْا بَيْنَ أ خَوَيْكمْ.

”Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, maka perbaikilah (persehabatan) di antara saudara-saudara mu”

Islam melalui ajaran-ajaran moralnya berusaha untuk menciptakan masyarakat yang soleh dimana ukuran benar dan salah adalah ridha Allah satu-satunya. Dalam masyarakat semacam ini rasa simpati, pengorbanan, saling cinta dan kasih sayang, kerja sama, hubungan erat dengan ibu bapa, anak, sanak saudara dekat dan jauh, jiran tetangga, miskin dan fakir adalah dilindungi.

Itulah tadi coretan saya melalui blog ini, marilah kita merenungkan masalah ini yakni bagaimana untuk menciptakan masyarakat yang soleh melalui keluarga yang harmonois dan damai.

Akhirnya saya memohon maaf jika terdapat salah dan khilap dalam coretan ini dan kita akan bertemu kembali dalam siaran-siaran blog yang lain dalam tajuk ehwal agama Islam.

Wassala mu alaikum warahmatullah hi wabarakatuh....



-----------------------------oooooooooooooooo-----------------------


Suruhlah Keluarga Sembahyang







Suruhlah Keluarga Sembahyang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم

وَأ ْمُرْ اَهْـلـَكَ بِالصَّلـَوةِ وَاصْطـَبِرْعـَلـَيْهـَا ط

لَانَسْـءَـلـُكَ رِزْقـًا ط نَحْنُ نـَرْزُقـُكَ ط وَالـْعَا قِبَةُ لـِلتـَّقـْوَى.

(سورة طه,اية 132)

Suruhlah kreluarga engkau mendirikan sembahyang dan sabarkanlah hati mereka untuk mengerjakannya. Kami tiada meminta rezeki kepadamu. Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik syurga adalah untuk orang yang taqwa.

Penerangan.

Ajaklah ahli rumahmu mengerjakan sembahyang dan sbarkanlah hati mereka mengerjakan sembahyang itu. Janganlah engkau lalai mengerjakan sembahyang kerana mencari rezeki. Allah akan memberi rezeki engkau bila engkau berusaha serta taat mengerjakan sembahyang. Apa lagi sembahyang itu dikerjakan waktu beristerihat dari kerja serta menambah semangat bekerja. Sebab itu berkerjalah dengan sekeras-keras tenaga dan sembahyanglah bila tiba waktunya, niscaya engkau mendapat kebahagian dan kesenangan di dunia dan akihrat.

Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan dari segala masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak kamu dugai.

Bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan memberi dan mencukupi keperluanh kamu.

Firman Allah s.w.t.

وَمَنْ يـَّتـَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا(2). وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتـَسِبُ ط وَمَنْ يَّتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ط

إِنَّ اللهَ بَا لـِغُ أ َمْرِهِ قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكُلِّ شَىْءٍقـَدْرًا.)3(

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niacaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Surah Ath-Thalaaq(6

Pendidikan Akhak Anak









Pendidikan Akhak Anak

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nahl ayat 72 bermaksud:

”Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu cicit dari isterimu itu, serta memberi kamu rezeki yang baik-baik. Apakah mereka percaya kepada yang batil (tidak benar) dan ingkar akan nikmat Allah. (An-Nakhl ayat 72).

Firman Allah s.w.t.lagi dalam Surah Al-Isra’ ayat 6 bermaksud:-

”Kemudian Kami kembalikan kekuasaan kepada mu dan Kami anugereah kamu harta-harta dan anak-anak dan Kami jadikan kamu mempunyai kaum yang banyak” (Al-Isra 6)

Tidak membuat persediaan.

Namun ramai ibu bapa yang tidak membuat persediaan rapi dan meanggap itu pemberian daripada Allah s.w.t. sebaga satu rahmat yang diterima dengan penuh rasa syukur. Mereka tanpa berusaha untuk menilai dan menghayati peranan di sebalik gelaran Ibu atau Bapa.

Tanggunganjawab Ibu Bapa.

Tugas yang terbesar adalah mendidik anak-anak berlandaskan ilmu yang benar dan latihan yang berterusan bermula daripada anak itu kecil lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang beermaksud:

”Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk mencorakkannya menjadi Islam, Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(H.R. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

”Ilwan” Menyenaraikan Enam Kedah yang terbaik;

1. Dengan cara teladan ibu bapa.

a. Contoh yang dilakukan ibu bapa

b. Jangan ada pergaduhan ibu bapa

c. Berilah apa yang disebutkan

d. Pemberian yang adil

e. Bermaian dan bergurau dengan anak

f. Membina suasana yang baik.

g. Sebutkan kejayaan mereka yang telah berjaya.

2. Dengan cara kebiasaan dari ibu bapa.

a. Biasakan dengan perbuatan kebaikan.

b. Jauhkabn perbuatan keburukan

c. Tentukan anak-anak bergaul dengan anak-anak yang beraklhlak mulia.

d. Elakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang berakhlak buruk.

3. Dengan cara nasihat

a. Tunjuk ajar dengan lemah lembut

b. Nasihat sama ada secara langsung atau secara bercerita.

c. Nasihat dengan cara mengikut sejarah buruk yang telah berlaku.

d. Utamakan waktu makan bersama-sama

4. Dengan cara pengawasan ibu bapa

a. Setiap langkah kanak-kanak hendaklah di awasi.

b. Akhlak yang buruk di hapuskan.

c. Rajin dan usaha digalakkan

d. Pengawasan membina ke arah agama Islam

e. Tentukan sudah boleh membaca al-Quran ketika berumur 6 tahun.

5. Dengan cara mengenakan denda

a. Didik berdisplin yang baik.

b. Perlanggaran displin dikenakan denda

c. Denda bukan mendera tetapi bagi menakutkan

d. Elakkan denda yang serius

e. Elakkan denda anak menjadi perkara biasa baginya

6. Dengan cara penilaian diri anak-anak.

a. Lihat kemajuan anak-anak semenjak kecil lagi

b. Berikan motivasi pada anak-anak

c. Hadiah kepada anak-anak walaupun kurang memuaskan.

d. Raikan Hari Lahir mereka.

e. Jangan mungkir janji yang diberitahu.

f. Jangan ada perbezaan antara anak-anak, berikan kasih sayang samarata.

g. Tentukan apa yang mereka minat diutamakan dan jangan hampakan hajat mereka.

Penutup.

a..Setiap ibu bapa perlu mempunyai ilmu mengenai hal-hal ibu dan bapa dalam pengasuhan dan penjagaan anak. Ini adalah penting bagi memastikan setiap anak mendapat asuhan dan pendidikan yang seimbang.

b. Untuk beroleh anak yang cemerlang ianya bermula lagi dari selepas kahwin iaitu dengan memohon ke hadrat Allah s.w.t semasa melakukan persetubuhan yang pertama suami isteri.

Dengan membaca doa berikut sebelum persetubuhan-

اللـّهُمّ جَنّبْنا الشَّيْطان وَجنّبِ الشَّيْطـَانَ مَا رزقـْتـَنا.

”Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan juhkan syaitan dari anak yang akan Kamu anugerahkan kepada kami.”

(Rujukan: Kitab “Wanita Solehan m.s. 129)

c. Membaca doa selepas persetubuhan:

اَلـْحَمْدُ للهِ الـَّذِىْ خَلـَقَ مِنَ الـْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلـضهَ نـَسَبـًا وَصِهْرًا.

“Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia daripada air mani lalu menjadikan manusia itu mempunyai nasab keturunan yang suci bersih.”

(Rujukan Kitab :Wanita Soleh” m.s. 130)

d. Ibu Semasa Mengandung.

Isteri Hendaklah selalu membaca al-Quran pada waktu Subuh atau Maghrib berselang-selang hari dengan Surah-Surah berikut:

(1). Surah Yusuf (12)

(2). Surah Mafriyam (19)

(3). Surah Luqman (31).

Amalkanlah... Insya Allah, lahirnya anak nanti akan mempunyai otak yang bergeliga dan mempunyai nasibnya yang terbaik yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Ingatlah janji Allah s.w.t. pada manusia menerusi al-Quran dalam Surah At-Thalaq ayat 2 dan 3:

وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).(

وَيـَرْزُقـْهُ مِن حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.

وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج

إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ

شَىْءٍ قـَدْرًا (3)

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(At-Thalaq(65) ayat 2 dan 3).

Sekian,

Wassala mualaikum………

-----------------ooooooooooooooooo--------------------
























Kami ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga dalam aman damai sihat sejahtera.

--------oo--------


Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.
Firman Allah s.w.t.


"Bandingan perbelanjaan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 261).

Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya semata-mata ke jalan Allah s.w.t. semata-mata mengharapkan keredaan dan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang telah di terima daripada Allah s.w.t., adalah seperti mereka yang menanam sebiji benih yang kemudian daripada itu menjadi sebatang pokok mempunyai tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai tersebut pula menjadi mengandungi seratus biji atau dengan lain perkataan hasilnya lumayan dan berlipat ganda.

Firman Allah s.w.t. lagi:





”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).

Sabda Rasullah s.a.w. yang beermaksud:

”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”

a. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata ”Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-gunung itu.?: Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu besi.”

b. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi.? Allah menjawab: Ya ada, iaitu api.”

c. Para malaikat bertanya lagi. ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari api.” Allah menjawabn, ”Ya ada, iaitu air.”

d. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari daripada air.”? Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu angin.”

e. Para malaikat bertanya lagi.”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin,?” Allah menjawab, ”Ya ada, iaitu anak keturunan Adam a.s. yang memberikan sesuatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahasiakan dermanya itu dari tangan kirinya maka dia lebih hebat daripada angin,”

Oleh sebab begitu tinggi nilainya orang-orang yang menderma (sedekah) di sisi Allah itu, maka untuk sampai ketahap itu, ianya memerlukan beberapa syarat di antaranya:

a. Peratama – Adalah lebih baik sekiranya derma dan sedekah itu dirahsiakan daripada orang pengetahuan umum.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:






”Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang faqir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Quran surah al-Baqarah, ayat 271).

b. Kedua – Tidak diungkit-ungkit selepas derma dikeluarkan dan tiada terkeluar daripada mulut penderma perkataan atau kelakuan yang menyakiti.

c. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan perasaan riak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


”....Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakan pahala
amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti saperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang-orang yang membelnajakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).
d. Perkara yang didermakan itu sedapat-dapatnya hendaklah yang paling baik dari hartanya atau yang boleh dimanafaatkan oleh si penerima. Firman allah s.w.t.yang bermakaud:-

”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksaud:-

a. Pada mulanya aku kecil, maka engkau telah membesarkan aku.

b. Pada mulanya engkau adalah penjaga ku, maka serkarang aku menjadi penjaga mu.

c. Pada mulanya aku adalah musuh mu, maka sekarang aku menjadi kekasih mu.

d. Aku adalah suatu yang punah musnah, maka engkau jadikan aku sesuatu yang kekal.

e. Aku adalah bilangan sedikit, maka engkau jadikan aku jumlah bilangan yang banyak.

Firman Allah s.w.t.:

”Jelasnya, adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kerja kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemudahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesangsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab siksa hari akhirat,”
(Al-Quran Surah Al-Laili, ayat 5 hingga 11).

Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermakasud:-

”Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah ’amalannya melainkan tiga perkara sahaja yang kekal dibawa bersamanya:
(1) Sedekah jariah yang dijadikan wakaf, (2) ’Ilmu yang diambil yang bermanafaat baginya,(3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.’ (Hadith riwayat Muslim).

Sabda Rasululah s.a.w. lagi yang bermaksud:

”Hendaklah kamu mencari keuntungan dari lima perkara sebelum datangnya lima perkara lagi yaitu:

a. Di masa hiduphendaklah engkau beramal sebelu mati.

b. Di masa sihat hendaklah engkau beramal selum sakit.

c. Di masa lapang hendaklah engkau beramal sebelum banyak pekerjaan.

d. Di masa muda umur mu hendaklah engkau beramal sebelum engkau tua.

e. Di masa kaya hendaklah engkau beramal dan membuat kebajikan sebelun datangnya engkau papa kedana.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu ’Abbas)

Firman Allah s.w.t. :


”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah necsaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhanya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Quran Surah At-Talaaq, ayat 2 dan3).

Sekian dahulu penulisan untuk Siaran ini, dan kita akan berjumpa lagi dalam Blog yang sama dalam masa yang terdeat. Insaya Allah....!

Wassala mualaikum warahmatula hiwabarakatuh.....!


-----------------------ooooooooooooooooooo-------------------------







Jadilah seorang Islam Yang Sebenar.













































Rombongan kami melawat rumah PM di Putra Jaya 7 Jan 2011











JADILAH SEORANG ISLAM YANG SEBENAR.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini

Saudara-saudara kaum muslimin yang terhormat..!

Islam mengajarkan kepada kita keesaan Allah. Menyamakan Allah dianggap sebagai dosa yang paling besar. Allah adalah satu. Allah tidak biasa dipisahkan ke dalam banyak peribadi. Allah tidak mempunyai persamaan, tidak mempunyai musuh, tidak mempunyai orang tua, dan tidak ada sesuatu yang menyamaiNya. Dia Yang Maha Awal, Maha Akhir. Dia Pencipta. Pendeknya Dia Pemilik segala sifat yang maha tinggi.

Allah pencipta para utusan, para malaikat, jiwa (roh) pohon - pohon kayu, batu-batu dan segala sesuatu di alam raya ini. Oleh kerana itu sebagai orang Muslim, janganlah kita sekalian menyembah Al-Masih. Janganlah menyembah malaikat-malaikat. Janganlah menyembah roh, janganlah menyembah setan atau jin, janganlah menyembah pohon-pohon kayu, janganlah menyembah apa pun kecuali Allah s.w.t.

Di alam raya ini tidak sesuatu pun yang boleh disembah kecuali Allah. Hanya Allah-lah yang harus disembah dan hanya keadaan Allah sahajalah seseorang harus minta ampun dan minta pertolongan. Dalam hal ini Allah berfirman dalam Surah Al-Fatihah :

إ يَّـاكَ نَعْبُدُ وَإ يَّـاكَ نَسْتَعِيْنُ.

”Hanya kepada Mu kami menyembah, dan hanya

Kepada Mu kami minta pertolongan”

Sebenarnya bukanlah orang yang dapat berbibcang dalam bahasa Arab dengan lancar disebut orang Islam. Bukanlah orang yang memakai jubah dan kain sarung disebut orang Islam. Bukanlah orang yang menjauhkan diri dari makan daging babi disebut orang Islam. Tetapi orang Islam ialah orang yang memproklamirkan prinsip bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhannmad s.a.w. adalah hamba dan pesuruh Allah.

Seorang Islam adalah yang mendirikan solat lima waktu, membayar zakat, melakukan puasa di bulan Ramdhan, pergi menunaikan haji ke Mekah jika ia mampu melakukannya. Selain itu ia harus berkata benar dan berbuat baik walaupun pahit untuk dikerjakan.

Seorang Islam adalah dia yang bahagia melihat orang lain berada dalam kebahagian, khususnya apabila dia bahagia disebabkan oleh dirinya. Ia bersedih melihat orang lain dalam kesulitan, khususnya apabila kesulitan itu disebabkan oleh dirinya. Dalam menjelaskan hal ini Al-Quran menyatakan:

مُحَمَّدٌ رَسْوْلُ اللهِ وَالـَّذِيْنَ مَعَهُ أ شِدَّاءَ عَلىَ الـْكُفَّارِ رَحَمَآءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَعًا سُجَّدًا يَبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانـًا.

”Muhammad adalah rasul Allah. Dan mereka yang bersamanya keras terhadap orang-orang kafir dan kasih sayang antara mereka sendiri. Kamu (Muhammad) melihat mereka ruku’ dan sujud mengharapkan keutamaan dari Allah dan ridhaNya.”

Kita haruslah memahami bahawa Islam bukan sahaja agama kepercayaan yang diwarnai oleh asketisme yakni mengerjakan sesuatu demi akhirat. Islam bukan sekadar beribadah di masjid. Islam tidak hanya solat, memberi zakat, dan mengerjakan haji, tetapi Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Apa pun yang kita kerjakan untuk meningkatkan kehidupan duniawi demi keredhaan Tuhan adalah ibadah dalam Islam.

Islam menganjurkan kehidupan yang aktif dan kegiatan sosial yang kreatif dan bukan mengasingkan diri dari masyarakat atau berhubung dengan Allah semata-mata. Islam mewajibkan untuk mencari kebahagan di akhirat dan tidak mengabaikan bahagian dunia. Al-Quran dalam Surah Al-Qasas, ayat 177 telah menyatakan:

وَابْتَغِ فِيْمَا ا تَاكَ اللهُ الدَّارَالْأ خِرَة َ وَلَاتَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدَّنْيَا وَأ َحْسِنُ كَمَا أ حْسَنَ اللهُ إِلـَيْكَ وَلَا تَبْغِ الـْفَسَادَ فِى الْأ َرْضِ

إ ِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الـْمُفْسِدِيْنَ.

“Tetapi carilah tempat tinggal di akhirat yang Allah berikan kepadamu dan janganlah engkau mengabaikan bagimu duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan jangan mencari kerusakan di atas bumi, sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang berbuat kerusakan”

(Al-Qasas ayat 177).

Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:

اِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأ نَّكَ تَعِيْشُ أ بَدًا وَاعْمَلْ لاِ َ

خِرَتِكَ كـَأ َنَّـكَ تَمُوْة ُ غـَدًا.

“Berbuatlah di dunia ini seakan-akan engkau akan hidup selamanya, dan berbuatlah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esok.”(H.R. Bukhari dan Muslim)

Maka bukanlah seorang Muslim yang sebenar, yang hanya hidup mengasingkan diri dan iktikaf dan tafakur. Bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya bersemadi di dalam masjid mencari keredhan Allah dan rahmnat Nya semata-mata.

Sebaliknya bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya memburu kekayaan tiada ingat akan kewajipan agamanya. Bukanlah seorang Muslim yangse benar, orang yang hanya mengumpulkan harta dunia dan hanya menghitung-hitung dan melupakan Tuhannya. Dan bukanlah seorang Muslim yang sebenar, yang hidupnya demi urusan dunia sahaja.

Tugas anda sekarang adalah menunjukkan identiti Islam anda walaupun seandainya anda hidup di negara bukan Islam. Anda harus menunjukkan identiti keislaman anda walaupun anda bekerja di tengah-tengah masyarakat bukan Islam.! Jangan anda takut untuk berkata: ”Aku seorang Muslim”, bagaimana pun banyak orang bukan Islam akan bernci, walaupun orang-orang musyrik akan benci, bagaimana pun banyak orang munafik akan benci.

Sesungguhnya Allah telah melihat untukmu Islam sebagai agama yang benar, kerana itu janganlah anda mati kecuali sebagai seorang Muslim. Wahai orang-orang bukan Islam. Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Muslim.

Sekianklah saudara-saudara sekalian, kerana telah selesai untuk meneruskan catatan di blog ini, akhirnya penulis ingin mengimbau kepada anda bahawa motto hidup kita adalah:

يَا بَنِى إ نَّ اللهَ قَدِاخْتَارَ لـَكُمُ الْإِ سْلَامَ دِيْنـًا فَلا َ

تَمُوْتـُنَّ إلا وَأ نـْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

“Wahai anak ku ! Sesungguhnya Allah telah memilih untuk mu

Agama yang benar, maka janganlah kamu mati kecuali sebagai seorang Islam.”

Sekian dahulu, disudahi dengan’...

Wassala mu alaikum warah matullah hi wabarakatuh...!

----------------------oooooooooooooo-----------------------