Wednesday, February 1, 2012

Bila darah nifas kering, bolehkah suami setubuhi sebelum manadi



Masalah 165.

Jika suami mendapati darah nifas isterinya sudah kering, bolehkan disetubuhinya sebelun dia mandi ?

Jawapan.

Pada dasarnya seseorang perempuan yang sudah kering atau berhenti darah haid dan nifsnya wajibmandi. Selagi mereka tidak mandi mereka belum boleh melakukana apa yang dilaranga sebelum ini kecuali puasa dan talak. Akan tetapi pengkhususan telah diberikan kepada masalah nifas, suami boleh menyentubuhi isterinya yang sudah kering darah nifasnya walaupun sebelum mandi. Hukum ini dikiaskan sama dengan menyetubuhi isteri yang sedang janabah, boleh dilakukan beberapa kali tanpa mandi terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun mereka disunatkan mengambil wuduk sebelum melakukan persetubuhan itu. Sungguhpun keharusan ini ada, namun lebih baiklah perempuan itu mandi terlebih dahulu untuk mengembalikan kesegaran badan.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 253).

-------------------------------ooooooo----------------

Nifas keluar seminggu dan berhenti 15 hari.Adakah masih nifas?



Masalah 166.

Jika nifas keluar hanya seminggu, dan ia berhenti selama 15 hari. Kemudian keluar semula selepas itu, apakah masih nifas atau haid ? (254)

Jawapan.

Masalah ini rasanya jarang berlaku tetapi ianya tidak mustahil. Biasa yang berlaku dalam masyarakat kita, nifas berhenti setelah berlalu nifas itu selama sebulan atau 40 hari, setelah itu darah kering selama 15 hari secara pasti. Tiba-tiba di hari ke 16 keluar pula darah selama beberapa hari.

Masalah yang demikian dikemukakan sama dengan contoh yang dibentangkan, jadi berdasarkan kaedah asas, apabila suci darah saelama 15 hari maka tiadalah lagi nifas. Jadi dalam kes ini sahlah nifasnya sudah benar-benar berhenti pada hari ke 7 (ke 30 atau 40 dalam contoh yang diberi). Darah yang keluar selepas 15 hari suci itu dikira sebagai haid.

Darah haid ini keluar kerana ibu berkenaan tidak menyusukan anaknya. Mereka lebih mementingkan badan sendiri dari menjaga kesihatan anak. Susu ibu amat diperlukan oleh anak untuk membesar dengan seimbang.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 254).

---------oooooooooooooooooooooo--------------------

Bagaimana ulama mengira masa nifas ?



Msalah 167.

Bagaimana ulama’ mengira tempoh nifas yang paling lama ialah 60 hari.? (255).

Jawapan.

Ulama’ telah membuat kajian menyeluruh baik secara teori mahupun kajian amali. Secara teorinya dikira berdasarkan 4 bulan pertama seseorang perempuan itu mengandung. Darah haid mula terhenti apabila ia mengandung, kalau dalam sebulan darah haid tertahan dalam rahim selama 15 hari (paling lama masa haid) dicampur dengan empat bulan bererti 60 hari haid tertahan di dalam rahaim. Darah ini kekal dalam rahim dan akan keluar secara berdikit-dikit setelah bersalin selama 60 hari. Akan tetapi setelah 4 bulan mengandung darah haid keluar semula, cuma ia menjadi makanan janin. Ini adalah kerana janin ketika itu sudah bernafas dan stiap yang bernafas perlukan makanan

Melalui kajian amali, para ulama’ dahulu membuat bancian pada sebahagiana wanita yang melahirkan anak. Dalam kajian ini didapati darah nifas yang paling lama ialah 60 hari. Ketahuilah mereka yang paling lama tempoh haidnya adalah orang sihat.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 255).

-----------------------oooooooooooooooooooo-------------------

Apa tanda-tanda darah isatihadah ?



Masalah 168.

Apa tanda-tanda yang boleh dikenali sebagai darah istihadah ? (255).

Jawapan.

Istihadah ialah darah perempuan yang keluar dari rahim kerana sakit. Darah yang keluar itu dihukumkan sebagai sakit apabila:-

a. Keluarnya kurang dari tempoh masa haid, iaitu sehari semalam. Ini jika keluar kurang dari 24 jam seperti keluarnya tidak bersambung dari jam ke jam.

b. Keluarnya melebihi tempoh sebanyak-banyak haid, iaitu melebihi 15 hari.

c. Keluarnya melebihi tempoh sebanyak-banyak nifas, iaitu melebihi 60 hari.

Rupa darah istihadah berlainan dengan darah haid yang biasa bagi seseorang. Mereka yang mengalami darah istihadah ini wajib melakukan ibadah seperti biasa. Mereka hanya wajib istnjak tetapi tidak perlu mandi sebelum melakukan sembayang.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 256 )

-------------------------------------------

Keluar darah hitam 5 hari, lepas itu baru drah merah.



Masalah 169.

Timbul satu masalah, keluar darah hitam sebanyak lima hari, selepas itu baru keluar merah. Apakah kedua-dua jenis ini haid atau tidak.? (256).

Jawapan.

Di sini di kaji dengan teliti tempoh keluarnya darah itu. Ianya mesti dirjuk kepada hukum dasar, iaitu jika darah itu keluar dalam tempoh haid iaitu 15 hari atau kurang darinya maka sahlah ia darah haid. Faktor berlainan warna dalam tempoh ini tidak menjadi masalah kerana darah haid banyak warnaya.

Akan tetapi jika darah itu keluar melebihi tempoh haid 15 hari, maka faktor berlainan warna diambil kira. Jadi kalau berdasarkan soalan di atas maka darah hitam yang 5 hari itu dikira haid dan selebihnya adalah istihadah. Dalam kes ini, penentuan istihadah atau haidnya dapat ditentukan setelah berlalu 15 hari.

Kalau sahlah melebihi 15 hari maka dia wajib mandi pada hari ke 15 dan qadakan sembahyang dan ibadah lain sepanjang yang dihukumkan istihadah itu.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 257 )

----------------------------------------------

Keluar haid 3 hari kemudia suci 12 hari selepas itu keluar lagi.


Seorang wanita muda memaklumkan ia keluar darah 3 hari kemudian suci selama 12 hari, selepas itu keluar lagi tiga hari. Apakah jenis darah ini.? (257).

Jawapan.

Darah yang keluar 3 hari pertama itu dikira haid dan 3 hari yang kedua itu dikira istihadah. Ini berdasarkan kepada soalan dan kaedah fekah; berdasarkan soalan di atas 3 +12 = 15, ertinya darah yang kedua keluar melebihi 15 hari maka jelaslah bukan haid lagi. Tetapi kalau darah yang kedua keluar sebelum 15 seperti ia suci selama 10 sahaja maka kemungkinan haid itu ada.

Dan berdasarkan satu kaedah lagi; sekurang-kurang masa suci di antara dua haid ialah 15 hari. Jadi dalam kes ini ianya baru suci 12 hari maka jelaslah darah yang keluar itu darah istihadah.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 257 )


-------------ooooooooooooooooooo--------------------