Wednesday, January 4, 2012

Allah mengampunkan dosa-dosa.











Allah mengampunkan dosa-dosa.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)

إ ِلا الـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ

وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3)

(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.

MASALAH AGAMA – SIARAN 108.

Masalah 264.

Bilamana kita telah telanjur melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil, apakah kita akan lakukan, jika meminta ampun adakah Allah s.w.t. akan mengampuni perbuatan dosa-dosa kita itu.?

Jawapan.

Allah s.w.t. menerima taubat, permohonan ampunan orang yang bertaubat kepada Nya, selama orang itu nyawanya atau rohnya belum sampai di kerongkongan, dan sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya.

Firman Allah s.w.t. :-

قُلْ يَا عِبَادِىَ الـَّذِيْنَ أ َسْرَفُوْا عَلىَ أ َنْفـُسِهِمْ لآ تـَقْنـَطُوامِن رَحْمَةِ

اللهَ ان الله يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا إ ِنَّهُ هُوَ الـءغَفُورُالرَّحِيْمِ .

Katakanlah: Wahai hamba-hamba yang melampau batas atas diri mereka. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segenap kedosaan. Kerana sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Azzumar, ayat 53).

Sabda Rasulullah s.a.w. :-

إ نَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الـْعَبْدِ مَا لـَمْ يُغَرُغِرُ.

(رواه الترمذى)

Artinya: Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla, menerima taubat hambanya selama ruh belum sampai di kerongkongan (sakaratul- maut).

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. telah bersabda Rasullah s.a.w. :-

مَنْ تـَابَ قـَبْل أ َنْ تَطْلـُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبَهَا تَابَ اللهُ عَلـَيهِ.

(رواه مسلم)

Artinya: Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari tempat terbenamnya, niscaya Allah akan menerima taubatnya. (H.R.Muslim).

Bagaimana pula dengan dosa-dosa yang telah tercatat oleh Malaikat Hafadzah itu.? Terdapat sebuah Hadis yang diriwayatkan dari anas bin Malik r.a.- Rasulullah s.a.wl. bersabda:

إِذَا تَابَ الـْعَبْدُ اَنْسَى اللهُ الـْحَفَظَةَ وَاَنْسَى ذَلِكَ جَوَارِحَهُ

وَمَعَا لـَمِهُ مِنَ الْاَرْضِ حَتىَّ يَلـْقىَ اللهَ وَلـَيْسَ عَلـَيْهِ

شَا هِدٌ مِنَ اللهِ بِذَنـْبٍ. رواه بن عساكر)

Artinya: Apabila bertaubat seorang hamba Allah, niscaya Allah membuat lupa segala Malaikat Hafadzah akan segala dosanya, dan membuat lupa juga yang demikian itu akan segala anggutanya, dan bekas-berkas daripada tempat-tempat di bumi, sehingga berjumpa ia kepada Allah, dalam keadaan tiada di atasnya daripada Allah, satu saksi pun atas kedosaannya itu.

(H.R. Ibnu ‘Asakir).

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan sehingga berjumpa lagi dalam siaran akan datang diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!

-----------------------ooooooooooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment