Thursday, January 5, 2012


LARANGAN RASUAH.

Rasuah juga sudah biasa kita dengar dan kita semua sudah tahu apa maknanya. Namun demikian biarlah penulis tunjukkan contohnya di sini. Misalnya seorang yang memohon sebidang tanah kerajaan, lalu dia meminta tolong kakitangan kerajaan yang mengendalikan pentadbirantanah itu.

Dia kemudian memberikan wang dan berbagai macam kesenangan pegawai itu supaya dia dapat meluluskan permohonannya itu.

Seorang warga asing yang mahu masuk Malaysia, lalu dia memberikan wang upahan kepada pegawai kerajaan yang mengendalikan permit kemasukan orang asing ke Mlaysia agar dia dapat permit tu.

Seorang bapa yang mahu anaknya masuk belajar ke universiti lalu dia sogokkan wang kepada pegawai yang mengndalikan kemasukan pelajar ke universiti itu, agar anaknya mudah dapat masuk universiti itu.

Dan banyk lagi cara rasuah yang berlaku hari ini. Cuma ingin penulis berei tahu bahawa perbuatan itu haram di sisi agama Islam dan juga salah dari segi undang-undang negara.

Oleh itu janganlah kiat lakukan cara beri rasuah itu.

-----------------------oooooooooooo-----------------





No comments:

Post a Comment