Tuesday, January 31, 2012

Menghormati Ibu Bapa Melalui Perbuatan Dan Perlakuan. Ketahuilah bahawa menghormati ibu bapa itu dapat digambarkan melalui pelbaga



Menghormati Ibu Bapa Melalui Perbuatan

Dan Perlakuan.

Ketahuilah bahawa menghormati ibu bapa itu dapat digambarkan melalui pelbagai cara. Ada yang melalui tutur kata, ada pula melalui perbuatan dan ada juga melalui tingkah laku. Di antara perilaku yang baik yang menggambarkan penghormatan kepada ibu bapa adalah seperti yang dinyatkan di bawah ini:-

1. Sentiasa meraikan kedatangan dan kepulangan mereka. Bermaksud bagi anak-anak yang dewasa yang telah berumah tangga dan mendiami bersendirian.

2. Sentiasa menyambut mereka dengan muka yang manis dan ramah mesra. Rasulullah SAW bersabda yang bermakasud:

Sesiapa yang memandang wajah ibu bapa dengan pandangan gembira sama pahalanya dengan mengerjakanhaji...”

3. Sentiasa bersedia menundukkan kepala apabila meraikan kedatangan atau kepulangan mereka. Sekiranya dalam keadaan tertentu anak-anak terpaksa melintas di hadapan ibu hnapa, adalah baik anak-anak menghulurkan tangan kanan kebawah sambil memohon izin untuk melintas di hadapan mereka.

4. Sentiasa bersedia melayan bagi menyediakan makanan dan menuangkan minuman untuk ibu bapa.

5. Sentiasa mentaati dan melayani kehendak kedua ibu bapa selagi kehendak itu tidak bercabggah dengan perintah Allah SWT dan Rasul Nya, dalam keadaan kemampuan bagi anak-anak.

6. Sentiasa membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk, mengemas bilik, membasuh pakaian, membersih kawasan, menceriakan kawasan rumah dan sebagai lagi sekiranya mereka tinggal bersama-sama mereka.

7. Sentiasa mengucap salam kepada ibu bapa setiap kali bertemu.

8. Sentiasa menziarahi mereka terutamanya apabila mereka telah menjadi warga emas.

9. Sentiasa membantu kewangan kepada ibu bapa apabila mereka tidak lagi bekerja dan tidak ada pendapatan bulanan. Ketahuilah bahawa pemberian kewangan kepada ibu bapa adalah di iktiraf sebagai sedekah jariah yang diutamakan oleh Islam dari orang-orang lain.

10. Tunjukkan rasa dukacita jikalau ibu bapa mendapat musibah dan segera memberikan pertolongan.

11. Tunjukkan rasa gembira apabila ibu bapa memperolehi kesenangan atau mendapat sebarang kurnia Allah SWT.

12. Sentiasa meminta ampun dan maaf kepada ibu bapa.

13. Sentiasa menutup atau merahsiakan sebarang kelemahan atau kecelaan mereka.

14. Sentiasa bersedia membuat pengorbanan demi untuk kebahagian. Seumpama menyediakan kewangan bagi kedua ibu bapa menunaukan haji ke Mekah. Inilah pahala yang terbanyak sekali yang anak-anak akan perolehi di akhirat nanti. Disamping itu Allah SWT akan mengurniakan rezeki yang tidak diduga kepada anak-anak dalam masa mereka hidup di dunia ini.

15. Apabila ibu bapa telah menjadi warga emas jangan pinggir mereka dan jangan menghantar mereka ke rumah ”:Orang Tua Miskin”, atau jangan mendengar kata isteri supaya tidak membela ibu bapa.

Sekian dahulu nasihat penulis dalam ”Siri Menghormati Ibu Bapa” ini dan akan bersambung lagi mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat. Justeru itu setelah terbaca makalah ini tunaikanlah perbuatan sebagaimana yang telah di coret di atas tadi. Insya Allah kita akan bahagia.

Wassala mualaikum.....!

---------------------oooooooooooooo-------------

No comments:

Post a Comment