Wednesday, February 1, 2012

Bagaimana ulama mengira masa nifas ?



Msalah 167.

Bagaimana ulama’ mengira tempoh nifas yang paling lama ialah 60 hari.? (255).

Jawapan.

Ulama’ telah membuat kajian menyeluruh baik secara teori mahupun kajian amali. Secara teorinya dikira berdasarkan 4 bulan pertama seseorang perempuan itu mengandung. Darah haid mula terhenti apabila ia mengandung, kalau dalam sebulan darah haid tertahan dalam rahim selama 15 hari (paling lama masa haid) dicampur dengan empat bulan bererti 60 hari haid tertahan di dalam rahaim. Darah ini kekal dalam rahim dan akan keluar secara berdikit-dikit setelah bersalin selama 60 hari. Akan tetapi setelah 4 bulan mengandung darah haid keluar semula, cuma ia menjadi makanan janin. Ini adalah kerana janin ketika itu sudah bernafas dan stiap yang bernafas perlukan makanan

Melalui kajian amali, para ulama’ dahulu membuat bancian pada sebahagiana wanita yang melahirkan anak. Dalam kajian ini didapati darah nifas yang paling lama ialah 60 hari. Ketahuilah mereka yang paling lama tempoh haidnya adalah orang sihat.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 255).

-----------------------oooooooooooooooooooo-------------------

No comments:

Post a Comment