Wednesday, February 1, 2012

Keluar haid 5 hari kemudian suci selama 14 hari....


Masalah 172. ( ms 258)

Sering juga berlaku, keluar darah haid selama 5 hari, kemudian suci selama 14 hari, selepas itu keluar darah lagi berterusan tanpa henti-hentinya. Bagaimana kedudukan darah ini ?

Jawapan.

Dalam keadaan begini, kaedah yang telah dibentangkan di atas tidaklah boleh dilupakan; sekurang-kurang masa suci ialah 15 hari. Apabila didapati suci 14 hari maka darah yang keluar selepas itu adalah darah istihadah. Tetapi untuk kes ini disenaraikan panduan seperti berikut:-

(1). 5 hari pertama adalah haid.

(2). Hari pertama darah yang keluar buat kali kedua ialah suci sama

dengan 14 hari. Ini untuk mencukupkan tempoh sekurang-

kurangnya sewaktu suci iaitu 15 hari.

(3) dan Kemudian 5 hari seterusnya dikira haid semula.

Oleh kerana ia keluar berterusan maka dikira haid akan datang selepas 20 hari yag dikira bermula dari hari keenam haid yang kedua itu.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 259 ).

-------------------


No comments:

Post a Comment