Wednesday, February 1, 2012

Nifas keluar seminggu dan berhenti 15 hari.Adakah masih nifas?



Masalah 166.

Jika nifas keluar hanya seminggu, dan ia berhenti selama 15 hari. Kemudian keluar semula selepas itu, apakah masih nifas atau haid ? (254)

Jawapan.

Masalah ini rasanya jarang berlaku tetapi ianya tidak mustahil. Biasa yang berlaku dalam masyarakat kita, nifas berhenti setelah berlalu nifas itu selama sebulan atau 40 hari, setelah itu darah kering selama 15 hari secara pasti. Tiba-tiba di hari ke 16 keluar pula darah selama beberapa hari.

Masalah yang demikian dikemukakan sama dengan contoh yang dibentangkan, jadi berdasarkan kaedah asas, apabila suci darah saelama 15 hari maka tiadalah lagi nifas. Jadi dalam kes ini sahlah nifasnya sudah benar-benar berhenti pada hari ke 7 (ke 30 atau 40 dalam contoh yang diberi). Darah yang keluar selepas 15 hari suci itu dikira sebagai haid.

Darah haid ini keluar kerana ibu berkenaan tidak menyusukan anaknya. Mereka lebih mementingkan badan sendiri dari menjaga kesihatan anak. Susu ibu amat diperlukan oleh anak untuk membesar dengan seimbang.

(Rujukan- Kitab Akidah, Fekah, Tarbiah, Akhlak, Dakwah dan Amal Kebajikan oleh Us. Abu Salim Al Ahmadi m.s. 254).

---------oooooooooooooooooooooo--------------------

No comments:

Post a Comment